Monday, June 8, 2009

peristiwa Bukit Kepong...

Alhamdulillah, setelah sekian lama sy menunggu filem ini utk diulangtayang di kaca TV [asyik2 Lt Adnan je] penantian sy berakhir malam td apabila tv2 menyiarkan filem ini.
pintu masuk Muzium Bukit Kepong
Peristiwa Bukit Kepong merupakan peristiwa bersejarah yg berlaku pada 23Feb1950 antara pihak polis dgn PKM. Pertempuran ini berlaku di Balai Polis Bukit Kepong yg terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2. Keadaan balai polis yang terpencil
>>Sarjan Jamil Mohd Shah telah memimpin pasukan polis utk menghadapi serangan balas dr PKM..
Mat Indera [yg memimpin PKM menyerang Balai Polis Bukit Kepong] adalah merupakan bekas guru agama yg menyertai PKM bukan kerana ideologinya, ttp kerana x suka dgn British yg mahu menangkapnya - sikap anti-british] duduk di hadapan seorg kanak2 yg smiling brightly
kebun getah ~ tempat PKM melakukan serangan
the concrete jetty ~ yg masih utuh hingga kini
>>serangan yg bermula pd awal pagi Subuh itu berakhir pd pukul 9 pagi dgn 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
tanah perkuburan mereka yg terkorban di dlm pertempuran
>>sebenarnya byk perkara yg sy fikir mahu kongsi bersama mengenai peristiwa Bukit Kepong ..tetapi memandangkan sudah ada byk website yg memberikan maklumat dgn lebih detail peristiwa ini, cukuplah sy sekadar membuat review nye sahaja..
>>sy sgt teruja apabila dpt menonton filem ini tetapi ada sedikit gangguan oleh adik bongsu sy yg sibuk bertanyakan itu ini mengenai babak2 dlm filem ini. Dan sy juga merasakan sedikit x puas hati kerana merasakan ada babak2 yg dipotong kerana plot ceritanya seperti x dikembang dgn sgt baik [2jam merupakan masa yg sgt singkat utk filem sejarah..huhu]
>>Kita semua sudah sedia maklum dgn kekejaman komunis and of course rakyat Malaysia x akan dgn semudah-mudahnya menerima kehadiran Chin Peng [ex PKM leader] utk tinggal di Malaysia apatah lg menjejakkan kaki di sini..Mereka yg telah kehilangan ahli keluarga, sanak saudara, dan sahabat handai, mereka yg telah menjadi balu, mereka yg telah menjadi anak yatim, yatim piatu, mereka yg telah kehilangan segala-galanya ketika PKM muncul menguasai Tanah Melayu..
>>Sy pernah menonton Majalah3 beberapa tahun yg lalu yg ketika itu telah menemubual Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud yg terselamat dlm pertempuran tersebut..tp x igt isi kandungan interview tersebut kerana sy ada hal ape tah time tu..actually sy masih berharap agar pihak media dpt bertemu dgn mereka yg terselamat dlm pertempuran tersebut [anggota keluarga polis yg terselamat ~ memandangkan the last survivor Sarjan Haji Yusoff Rono sudah meninggal dunia pd tahun 2005] dan seterusnya me'review' kembali peristiwa Bukit Kepong ini [bukan utk menyakitkan hati yg telah luka, tetapi sebagai tatapan utk warga muda yg semakin pudar semangat nasionalisme di dlm diri]

>>tidak dinafikan juga yg PKM turut sama menyumbang dlm menuju ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.. malah perjanjian damai juga telah dilakukan lebih 20 tahun yg lalu di mana anggota PKM yg telah meletak senjata boleh kembali ke kampung masing2 dan mungkin atas sebab ini lah Chin Peng juga ingin kembali ke Malaysia malah telah menggunakan perjanjian ini sebagai salah 1 sebab yg memungkinkan dia utk menetap di Malaysia..tp entah lah, walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu, and Chin Peng pun sudah mengakui kesalahannya dahulu, amat sukar bg semua pihak utk menerimanya kembali..
credits to :

3 comments:

Anonymous said...

aku sokong..jangan kasi chin peng balik malaysia..dia bkn ade bantu untuk memerdeka kan malaysia..
jgn kasi dia balik malaysia!!
komunis balik malaysia dapat ganjaran..
org yang berjuang mati- matian untuk negara x dapat apa2?
ade ke btul mcm ne?
mane g semangat merdeka kita wlpun kita x terlibat secara langsung untuk memerdekakan negara kita.

coz aku ne cucu yusuf rono
last survivor bukit kepong

Anonymous said...

hai...seperti mana saya baca temuramah tentang chin peng..beliau kata bahawa kematian yang berlaku adalah dalam peperangan..dalam peperangan kedua2 pihak ada yang terbunuh dan membunuh....kalau kita fikir tentang tentera yang terbvunuh..bagaimana pula dgn ahli2 komunis yang terbunuh? (ingat..tentera komunis adalah tentera pembebasan malaya...fahaman komunis cuma ideologi yang bertentangan dgn fahaman kapitalis yang kita amalkan sekarang)

Jamal Ali said...

Komunis adalah tentera pembebasan malaya?!

Oh ya saudara, pernah ingat peristiwa 14 hari selepas Jepun menyerah diri? Bagaimana pula dengan pertempuran orang Melayu dengan orang komunis di Johor? Begitu juga dengan pertempuran yang tidak berapa terkenal yakni Perang Sabil di antara orang Melayu Banjar dengan komunis di Sungai Manik?

Sungguh saya tidak bersetuju apabila saudara mengatakan komunis adalah tentera pembebasan. Sungguh tidak benar dan tidak benar.

Saudara perlu ingat, komunisisme berideologikan Tuhan itu tiada! Ia bukannya bertentangan dengan fahaman kapitalisme tapi seangkatan dengannya, tiada beza pun.

Yang pasti komunisme bertentangan 180 darjah dengan fahaman Islam!

Saya tidak mampu berfikir apa akan jadi dengan tanah air ini apabila komunis memerintah. Fikir-fikirkanlah.

p/s: Lagi satu kenapa serang Bukit Kepong? Jika benar-benar berideologikan pembebasan kenapa diserangnya balai polis yang rata-ratanya dan pastinya seratus persen orang Melayu Islam! Kenapa? Tiada tempat lainkah? Malah kenapa dibunuhnya sekali isteri sang anggota polis. Boleh jawab?