Wednesday, November 26, 2008

Badri, my lil bro...


pada hari Jumaat yg lalu, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam PPUM telah mengadakan majlis doa selamat untuk kanak-kanak yg bakal berkhatan. [huhu..kenapa tulis pasal ni? sbb adik aq yg bongsu a.k.a Thaqif Badri t'libat dlm majlis ni] Kami 1 famili dan anak jiran sebelah merangkap best friend Badri [Yah] telah pergi ke majlis tersebut [utk meraikan Badri? hihi].. Majlis bermula dgn solat Asar berjemaah di Masjid PPUM [yg ku rasa agak kecil & sedikit tua ~ even masjid matrik aq lg cantik] kemudian perarakan kanak2 yg terlibat sambil berselawat dr Menara Timur [paluan kompang pun ada] ke Masjid PPUM..[lebih kurang 60+ kanak2, terdiri dari pelbagai darjah, mostly darjah2-darjah6]..selepas berarak & pembacaan doa, ucapan para pegawai, penyerahan cenderahati [sempat aq tgk isi beg hadiah tu, wah dpt kain pelekat+etc.], dan makan2 [part yg agak best.hihi]

Majlis berkhatan beramai-ramai telah bermula pada 24.11-26.11.08 pada pukul 8.30pg-12.30th di mana adikku telah pun selamat berkhatan pada 24.11 = hari Isnin.. Abah+mak bila balik rumah telah bercerita ~ Badri masuk ke dalam ruang utk berkhatan dgn tenang, bagaimanapun perasaannya terganggu apabila terdengar jeritan yg bersahut-sahutan [abah cakap mcm ada screaming competition lak dlm bilik tu - 4 kanak2 sekali masuk sbb ada 4docs] ..Badri mula takut, nak cabut lari dan start menangis > "x nak x nak..x nak gunting..x nak jarum..huhuhu"..bila masanya sudah tiba, abah meminta Badri membaca surah-surah lazim yg tlh dihafalnya & Badri pun membaca surah2 tersebut sekuat-kuat hatinya + laungan Allahuakbar 3x..and selesai lah proses berikut..
Sekarang bila aq lihat adik lelaki ku ini rasa mcm nmpk seorang budak lelaki bukan seorang kanak2 lelaki [haha ape ayat nih..].. rasanya Badri nmpk 'lain' je..mungkin sbb dia pakai kain pelikat kot..hahaha [perubahan perangai tu meningkat sikit aje sbb aktiviti 'mengganggu' kakak2 nya masih berjalan seperti biasa]

whatever it is, oiit Badri kamu tuh dah kira mcm melangkah ke alam lain..tanggungjawab sudah banyak..jgn asyik main dgn anak jiran sebelah je..haha
*nape my writing style mcm berubah je..maybe t'pengaruh dgn akhbar Sinar Harian nih..*
*nape aq b'cerita psl Badri lak..huhu*

No comments: